Perang Dunia Kedua adalah perang yang paling dahsyat dalam sejarah manusia setakat ini. Jika pada hari ini kita memikirkan senjata yang digunakan dalam perang ini, persepsinya sangat berbeza.
Walaupun perang ini sudah lama berlalu, namun banyak senjata yang menakutkan digunakan untuk mempertahankan dan menyerang pihak musuh. Malah, pelaburan yang sangat tinggi dilakukan dalam merekacipta senjata-senjata yang memusnahkan. iluminasi.com ingin berkongsi 8 senjata paling dahsyat digunakan dalam Perang Dunia Kedua.
8. Bom tikus
Agak kelakar jika mendengar istilah "Tikus Letupan", tetapi ia merupakan antara salah satu senjata paling dahsyat ketika Perang Dunia Kedua. Juga dikenali sebagai bom tikus oleh Eksekutif Operasi Khas British untuk menentang Jerman ketika Perang Dunia Kedua.
Winston Churchill memainkan peranan penting dalam menguru-harakan Eropah, di mana tikus berbahaya ini digunakan. Bangkai tikus-tikus dipenuhi dengan bahan peledak dan diedarkan berhampiran dengan bilik boiler Jerman.
Dengan kepanasan di kawasan sekitar, bom-bom tikus ini akan meletup dengan automatik mencetuskan kerosakan di seluruh bandar menyebabkan kerugian ekonomi dan sosial bagi Jerman ketika perang ini.
7. Anjing anti-kereta kebal Soviet
Seperti yang dijelaskan pada namanya, Kesatuan Soviet pada tahun 1941 menggunakan anjing terlatih untuk memerangi kereta kebal dan lokasi musuh iaitu Jerman dengan menjatuhkan bom.
Anjing-anjing ini telah dilatih dengan begitu hebat selama 6 bulan untuk menyeret bom ke kereta kebal yang menjadi sasaraan. Sebagai salah satu kaedah yang paling menakutkan untuk dilaksanakan, Soviet walaubagaimanapun tidak berjaya untuk menghancurkan lawan kerana anjing-anjing tersebut terpaksa berhadapan dengan persekitaran yang baru, iaitu tak sama seperti persekitaran ketika dilatih.
Tiada anjing yang mampu menguasai tugas itu dan kembali kepada pengendali, yang akhirnya membunuh pengendali dan juga anjing tersebut. Akhirnya, anjing-anjing ini hanya dilatih untuk bergerak ke arah kereta kebal lawan sebagai pengebom bunuh diri, dengan tujuan merosakkan kereta kebal lawan.
6. Kereta kebal T-34
Kereta kebal T-34 adalah antara salah satu kereta kebal tempur yang ringkas dan berkuasa, pertama kali diperkenalkan pada tahun 1941. Dimiliki oleh Kesatuan Soviet, kereta kebal ini dikatakan sebagai "kereta kebal terbaik di dunia" oleh komander tentera Jerman, Paul Ludwig Ewald von Kleist.
Ia mampu beroperasi di atas sebarang jenis bentuk muka bumi seperti pergunungan dan hutan, dan mempunyai kekuatan tembakan yang sangat tinggi. Perisai depan kereta kebal ini direka dengan bentuk "cerun" untuk memesongkan tembakan dan pihaak musuh mempunyai cabaran yang besar untuk menembusi dinding hadapan T-34.
Walaupun banyak kereta kebal yang baru kini dihasilkan dengan kualiti perisai yang lebih hebat, namun T-34 masih memegang gelaran tertinggi sebagai kereta kebal paling hebat dalam sejarah.
5. Roket V2
Roket V2 adalah peluru berpandu balistik jarak jauh yang pertama dan dihasilkan oleh Jerman ketika Perang Dunia Kedua sebagai senjata pembalasan. Dilancarkan secara menegak, roket V2 menjadi objek buatan pertama yang berjaya menyeberangi sempadan ruang udara.
Pad pelancaran adalah mudah alih dan adalah mustahil untuk mengetahui titik di mana roket ini dilancarkan secara tepat. Roket ini tersangat kuat dan mampu bergerak secara menegak sejauh 9.65 kilometer sebelum beralih arah kepada mendatar.
Roket V2 mampu mencecah 6,437 kilometer sejam dan apabila ia sampai di kawasan sasaran, ia akan menggali dengan kedalaman beberapa kaki terlebih dahulu sebelum meletup yang mampu membunuh lebih daripada 9,000 orang di sekelilingnya.
4. Meriam Rel Gustav dan Dora
Meriam rel Dora dan Gustav biasanya dirujuk sebagai "Schwerer Gustav", yang dihasilkan untuk memusnahkan kubu Perancis. Ia telah dicipta oleh Nazi Jerman semasa Perang Dunia Kedua, yang dianggap sebagai meriam rel terkuat seberat 1,350 tan.
Letusan tembakan meriam ini tersangat kuat sehinggakan ia mampu mencapai sasaran sejauh 47 kilometer. Ia juga dianggap sebagai meriam yang menggunakan kaliber paling besar dan berat pernah digunakan dalam pertempuran.
Satu cangkerang dalam meriam rel Gustav mempunyai panjang 800 mm dan mampu menembusi apa sahaja yang disasarkan.
3. Meriam V3
V3 Cannon adalah meriam yang paling kuat dan dahsyat yang digunakan dalam Perang Dunia Kedua oleh tentera Jerman. Ia dihasilkan terutamanya untuk menghangcurkan London dalam projek rahsia dengan kod nama "Busy Lizzie".
V3 dibangunkan juga untuk menghancurkan Luxembourg dari dua kubu besar yang terletak di kawasan Perancis. Senjata ini sangat kuat dengan sistem multi-caj untuk menembak pada halaju tinggi.
Panjang tong meriam ini sangat lah besar dan cukup besar untuk tujahan terhadap pangkalan musuh.
2. Kapal selam Gato
Kapal selam berkelas Gato, merujuk kepada ikan khas yang bernama "Catshark" yang berada di dasar laut. Ia mula diperkenalkan oleh Amerika Syarikat pada tahun 1941 dan perkhidmatan utama berikutnya adalah menjadi pemusnah untuk laut perdagangan Jepun.
Kapal selam Gato memberikan sokongan yang kuat sebagai tulang belakang kepada armada Tentera Laut Amerika Syarikat yang membantu mereka memusnahkan tentera laut Jepun.
Ia mempunyai kapasiti untuk menyelam sehingga kedalaman 300 kaki dan menahan tekanan yang tinggi. Malah, kapal selam ini mampu menahan serangan tembakan yang kuat daripada pihak musuh.
1. Bom atom
Bom atom adalah ciptaan terhebat dan paling dahsyat sepanjang zaman. Amerika Syarikat adalah negara pertama yang menggungakan bom atom untuk menghancurkan bandar Jepun iaitu Hiroshima dan Nagasaki pada tahun 1945.
Bom atom pada dasarnya hasil daripada senjata nuklear, yang menggunakan tenaga fisi (pembelahan atom) untuk memberikan kesan kepada kawasan yang disasarkan. Satu bom atom terdiri daripada tenaga bersamaan dengan 10 juta TNT, yang menggunakan konsep tindak balas fisi.
Tambahan lagi, letupan dan kemusnahan yang berlaku mampu menghancurkan keseluruhan bandar. Radiasi daripada bom atom tersangatlah bahaya sehingga mampu menyebabkan mutasi untuk menyebabkan penyakit kepada manusia dan haiwan.
sumber: iluminasi.com