Zahid hamidi ini seperti 'iblis' bertopengkan manusia! kenyataan terbaru Khairuddin buatkan penyokong UMNO panas punggung

loading...

Bekas pemimpin Umno Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan mendedahkan pemangku presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi merayunya supaya mengatur pertemuan dengan Dr Mahathir Mohamad di Putrajaya awal bulan ini, bagi menolak dakwaan pertemuan itu diadakan atas permintaan perdana menteri.

Dalam kenyataan bernada keras kepada FMT, Khairuddin juga menolak dakwaan Zahid dalam ucapannya kepada ahli Umno Selangor semalam bahawa Dr Mahathir meminta ahli Umno menyertai PPBM.

“Dia (Zahid) kaki penipu dan kaki pembelit. Setiap tutur katanya kini penuh pendustaan,” kata Khairuddin yang merupakan antara ahli Umno paling awal keluar parti berikutan pendedahan skandal 1MDB pada 2015.

Selepas pertemuan dengan Dr Mahathir pada 9 Jun lepas, iatu sebulan setelah BN tewas dalam pilihan raya umum 9 Mei, Zahid berkongsi fotonya dengan pengerusi PPBM itu dan berkata lawatan beliau adalah bersempena bulan Ramadan.

“Semoga pertemuan ini bermanfaat kepada semua,” katanya ketika itu.

Akan tetapi semalam, Zahid yang merupakan antara calon bagi jawatan presiden Umno dalam pemilihan parti itu akhir bulan ini, memberitahu ahli Umno Selangor bahawa pertemuan itu dibuat atas permintaan Dr Mahathir.

“Bukan saya yang minta bertemu, tetapi saya dijemput untuk bertemu,” kata Zahid.

“Apa yang disebut oleh perdana menteri, antaranya beliau meminta supaya Ahli Parlimen BN, khususnya Umno untuk menyertai PPBM atau parti Bersatu, saya menjawab dengan tegas tidak ada jalan bagi kita untuk menyertai parti berkenaan,” kata Zahid.

Khairuddin berkata hari ini, Zahid menghubunginya supaya mengatur pertemuan dengan Dr Mahathir.

“Selepas beliau merayu kepada saya untuk berjumpa Dr Mahathir, saya susun untuk beliau berjumpa perdana menteri.”

Katanya, dakwaan Zahid semalam adalah sebahagian daripada kempennya untuk pemilihan Umno yang sedang berjalan sekarang.


“Ucapan politiknya tidak berasas sama sekali. Inilah kualiti pemimpin Umno yang bijak menipu ahli demi ‘survival’ politik mereka. Dr Mahathir tidak pernah meminta Ahli Parlimen Umno melompat masuk PPBM.

“Setiap umat Islam bila pergi ke Tanah Suci Mekah akan bertambah insaf dan bertaqwa, tetapi Zahid pergi mengerjakan umrah, balik Malaysia terus menipu,” katanya lagi.
loading...