Dikecam Tiada Adab Duduk Atas Kubur, Datuk Seri Vida Mohon Maaf!

loading...

Jutawan kosmetik, Datuk Seri Vida (DSV) teruk dikecam netizen gara-gara memuat naik gambar menziarahi dua pusara anaknya yang meninggal dunia dalam kebakaran lima tahun lalu.

Gambar berkenaan dikecam kerana DSV dilihat berdoa sambil duduk di atas pusara orang lain yang terletak bersebelahan pusara anak-anaknya.


Perbuatannya itu dianggap tidak beradab dan mendatangkan kemarahan netizen yang beragama Islam.

Ini kerana netizen berpendapat DSV tidak menghormati ayat suci yang terletak di binaan pusara berkenaan.


Bukan itu saja, netizen juga mempersoalkan pakaiannya yang tidak sopan dan terlalu ketat yang dilihat tidak sesuai untuk menziarahi kawasan perkuburan.

Menyedari kesalahannya itu, DSV telah tampil memohon maaf hari ini dan beliau tidak sengaja berbuat demikian kerana tidak menyedari ada tulisan jawi di keliling binaan pusara berkenaan.

"Saya minta maaf. Saya tak perasaan ada tulisan jawi di keliling pusara itu.

"Saya duduk memandangkan tak bawa kerusi. Takkan nak duduk mencangkung pula.

"Kalau kita nak duduk kat kubur cuba netizen bagi cadangan... nak duduk bersila tikar tak bawa," – Datuk Seri Vida

Sementara itu, memetik jawapan daripada laman web rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan mengenai persoalan hukum duduk di atas kubur, menurut laman tersebut duduk di atas binaan kubur adalah seperti duduk di atas kubur dan makruh hukumnya.

Tidak kira DSV atau sesiapa saja kalau menziarahi tanah perkuburan, jaga adab dan jangan lakukan kesilapan yang sama ye.
loading...