Seakan tidak serik dikecam hampir setiap saat, Safiey Ilias sekali lagi mencetuskan kontroversi panas. Masih belum reda dengan isu tayang punggung dan bentuk badannya baru-baru ini, terbaru Safiey memuat naik pula video dia sedang menjalani ‘photoshoot’ dalam keadaan separuh b*gel.
Beraksi mengghairahkan seakan dirinya tidak berpakaian, Safiey seolah-oleh sengaja ingin mengundang kecaman.
Rata-rata netizen semakin bengang dengan sikap Safiey yang terlalu berbangga dengan imejnya sebagai seorang perempuan sedangkan hakikatnya dia adalah lelaki. Ada juga yang mempersoalkan mengapa pihak bertanggungjawab tidak mahu mengambil tindakan terhadap golongan LGBT yang dilihat semakin berani menzahirkan kesongsangan mereka.
Memang penampilan Safiey kali ini sangat berani dan sudah terlampau seksinya, boleh caras perempuan tulen di luar sana. Namun, apa gunanya populariti dan badan cantik sebegitu sekiranya segala ‘aset’ ditampilkan adalah palsu semata-mata. Ermm…