Jangan terkejut! Sirul kirim surat pada Mahathir siapa pembunuh Altantuya Shariibuu

loading...

Bekas pegawai polis, Sirul Azhar Umar yang disabitkan kesalahan membunuh warga Mongolia, Altantuya Shariibuu pada 2006 mengutuskan surat peribadi kepada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan yang menemuinya di Villawood Detention Centre, Sidney bagaimanapun berkata beliau tidak mengetahui isi kandungan surat tersebut.

“Surat peribadi tersebut diletakkan di dalam sampul yang tertutup dan akan saya sampaikan kepada perdana menteri apabila pulang ke tanahair dalam beberapa hari lagi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam pertemuan itu, beliau berkata Sirul kelihatan sihat dan tenang walaupun hampir 5 tahun berada di kem tahanan tersebut.

“Perjumpaan di bulan syawal ini amat bermakna dan kami berbual panjang lebar secara ikhlas dari hati ke hati selama lebih kurang sejam setengah.


Surat yang dikirimkan Sirul Azhar Umar kepada Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad.

“InsyaAllah, saya amat yakin kebenaran kes pembunuhan Altantuya Shaariibu akan menyebelahi pihak yang teraniaya akhirnya,” katanya.

Beliau yang juga “orang kuat” Dr Mahathir berkata Sirul membayangkan bersedia memberi kerjasama kepada pihak berkuasa dalam penyiasatan pembunuhan Altantuya kerana yakin dengan institusi kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang dikatakan telus dan profesional.

“Sirul kelihatan amat bersemangat dan tidak lagi dibelenggu sebarang perasaan takut kerana beliau amat yakin dengan sistem perundangan baharu di Malaysia yang diterajui PH yang mampu membela kalangan yang teraniaya.”

Pada April 2009, Mahkamah Tinggi menjatuhkan hukuman mati ke atas Sirul dan bekas ketua inspektor, Azilah Hadri kerana membunuh Altantuya, 28, di sebuah hutan di pinggir Kuala Lumpur pada Oktober 2006 dengan badannya diletup menggunakan bahan letupan gred tentera.

Sirul kemudiannya melarikan diri ke Australia dan sehingga kini berada dalam tahanan negara itu. Beliau sebelum ini mendakwa diarahkan “orang penting” untuk membunuh Altantuya pada 2006.

Kerajaan Australia enggan mengekstradisi beliau ke Malaysia kerana bertentangan dasar negara itu yang membantah hukuman mati ke atas pesalah jenayah berat.

Manakala Azilah pula sedang menanti hukuman mati di Penjara Kajang, sementara menunggu keputusan Lembaga Pengampunan meringankan hukuman itu kepada penjara seumur hidup. – freemalaysiatoday
loading...