Rampasan RM1.1 Billion. Ini Kenyataan Amar Singh Tentang Rosmah Buat Ramai TAK SABAR

loading...

Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman sedang menyiasat sama ada isteri bekas perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor adalah antara individu utama dalam siasatan terhadap rampasan barangan melibatkan kes 1Malaysia Development Berhad.

Pengarahnya, Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh berkata, semua perkara diambil kira termasuk siasatan berkenaan.

"Kita sedang menyiasat perkara itu. Kita akan merakam percakapan (dengan Rosmah) sedikit masa lagi," katanya dalam sidang media khas mengenai pendedahan rampasan barangan melibatkan kes 1MDB di Menara KPJ di sini, hari ini.

Buat masa ini, pihaknya sedang berusaha untuk mengenal pasti pemilik barangan rampasan berkenaan.

"Ada laporan atau dakwaan mengatakan barangan itu adalah hadiah daripada individu. Kita perlu mengetahuinya sama ada benar ia dihadiahkan dan siapa yang menghadiahkan," jelasnya.

Justeru katanya, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya akan dipanggil tidak lama lagi.

Tambahnya, setakat ini, lebih 30 individu telah diambil keterangan berhubung kes 1MDB.
loading...