Hasil pencarian daripada social media ada seorang pengguna FB bernama Ku Ahmad Fasbir berkongsi kisah disebalik membahagiakan orang lain terutamanya isterinya dan rezeki yang tidak diduga datang tatakala menerima ujian hidup. Berikut adalah kisah sebenar. MasyaAllah sungguh hebat tetapan yang Allah tetapkan pada kita.
REZEKI MEMBAHAGIAKAN ORANG LAIN
Salam Aku nak share ckit pengalaman aku baru-baru ni. Korang nak baca,baca je..kalau malas jangan suruh aku lukis pulak.
Kisahnya bermula baru-baru ni aku diberhentikan kerja dari syarikat yg aku baru kerja 2 tahun. Company ni buat restructure and aku salah seorang staff yg di offer MSS (Mutual Separation Scheme). Dapat la aku pampasan gaji ganti notis (3 bulan gaji) + bayaran baki cuti + faedah penamatan kerja dapat la Rm 2x,xxx utk survive 3 bulan ni sementara tunggu dapat kerja.Masalahnya aku baru beli rumah ja n loan dah approved.
Alhamdulillah, rezki kerja dlm sector pertanian ni bnyk. Dapat offer p Sabah buat pertanian , layan… Pastu dpt offer jaga ladang ayam di Cambodia tapi family xbg.. so reject dulu.
Dipendekkan cerita, aku nazar kalau dapat kerja belah semenanjung ni dengan gaji yg munasabah , aku nak sedekah 1 kampit beras utk setiap keluarga penduduk Taman Desa Asnaf Perlis + belanja gelang emas utk isteri sbb aku xpernah belanja emas pon dkt dia lepas2 nikah.Mungkin sbb dia xpernah mintak kot.
Allah maha pemurah, aku dapat offer kerja di Terengganu sebagai pengurus ladang herba (syarikat international) dgn benefit yg boleh diterima.Alhamdulillah. dapat2 tau tu balik rumah terus aku sujud syukur. Tanpa lengah-lengah masa aku terus settlekan nazar aku, sedekah kepada keluarga asnaf and belikan gelang dkt bini aku. Same Day.
walaupon kewangan kene kawal ckit sbb baru lepas service kereta + renew road tax and bayar 7 saman blacklist sbelum dapat renew roadtax 4×4 aku tambahan nak raya lagi.haisshhh. xpe nazar punya pasal, wajib ditunaikan..
Sekarang tinggal masalah rumah je mcm mana nak settle. Baru je beli n duduk 3 minggu
nak kene pindah plk.Company Terengganu bagi rumah dkt sana fully furnished, cuma nak kene cari penyewa untuk rumah yg baru beli ni.Barang2 penuh, nak angkut guna lori 5 Tan pon xmuat so target kalau dapat sewakan sekali perabut lega la..
Aku try iklankan dlm mudah n facebook lbh kurang seminggu, susah btl nak cri org yg nak sewa dgn perabut.Lg satu rate aku letak mungkin tinggi ckit(Rm1700) sbb perabut semua baru je beli .
Nak dijadikan cerita, harini aku nak bahagiakan family aku dgn niat mudah2an Allah permudahkan urusan aku. so anak mintak tgk wayang..bawak..jenuh menjaga yg kecik tawaf dlm panggung tgk cerita incredible 2 . Bini plk teringgin cincin nak matching dgn gelang yg beli haritu. Serabut jgk tu. Lebih 10 kedai pg x jumpa yg bekenan last2 dapat dkt area mergong . masalahnya xboleh nak gores guna kad, kene cash plk kedai ni.. settle kan jgk niat semoga Allah permudahkan urusan aku yg lain2.
Petang tu, there is one guy call nak tgk rumah mlm ni utk sewa, so aku on lepas maghrib dia datang tgk rumah with his family. Puas pusing luar dalam n tiap2 bilik and last discussion dia setuju utk sewa rumah sekali perabut cuma rate sewa dia mintak kurangkan ckit and kami pon setuju. Yang paling best dia terus bayar 1 year punya sewa, alasan dia malas pening2 di kemudian hari.
MasyaAllah. Kat sini aku nak tekankan Rezki membahagiakan ahli keluarga and orang lain ni sangat hebat. Kita xkan dapat jangka mcm mana Allah nak tlg kita.
Semoga kisah ini dapat memberi ilham kepada para sahabat terutama sang suami utk membahagiakan keluarga anda. Insyaallah. Rezki kita Allah yg tentukan, bukan CEO korang. Percayalah.