Senator P. Waytha Moorthy yang baru dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Perpaduan Negara dan Kesejahteraan Sosial) kecewa dengan penghinaan bersifat peribadi di laman sosial terhadap tetamunya.
Penghinaan tersebut dibuat oleh netizen ke atas sami Hindu yang menemaninya ke Parlimen pada Selasa.
Waytha menyifatkan Arunachalanandaji sebagai bukan warganegara India yang menetap di negara berkenaan dihormati kerana dedikasinya kepada agama Hindu dan merupakan seorang sahabat rapat serta dianggap seperti saudara.
Arunachalanandaji mengorbankan kehidupannya untuk mempromosikan keamanan sejagat dan keharmonian kaum.
Arunachalanandaji dijemput oleh Waytha untuk menyaksikan beliau angkat sumpah sebagai senator.
Beberapa portal berita turut melaporkan mengenai mesej yang tular tentang misteri gambar lelaki berambut panjang dan berjambang tebal.
Arunachalanandaji berada di Parlimen bagi menyaksikan Waytha dan empat yang lain mengangkat sumpah sebagai senator.
Memetik laporan Free Malaysia Today, Waytha berkata, beliau menjemput Arunachalanandaji kerana menghormati sami tersebut.
“Saya fikir memandangkan dia menggunakan 30 tahun daripada kehidupannya untuk keamananan sejagat, ia adalah satu penghormatan untuk menjemputnya pada majlis angkat sumpah saya,” kata Pengerusi Barisan Bertindak Hak Asasi Hindu (Hindraf) itu. (Sumber: Mstar)