Di Gelar ‘Kapal Maksiat Penuh Dosa’ SS Monte Carlo Akhirnya Timbul Selepas 80 Tahun Karam

loading...

Lebih kurang 80 tahun yang lalu, berlaku satu tragedi kapal yang karam disebabkan oleh ribut taufan yang dasyat telah membadai kapal tersebut.

SS Monte Carlo atau juga dikenali sebagai ‘kapal dosa’ dikatakan telah karam di tengah-tengah laut pada tahun 1937 sempena hari Tahun Baru.

SS Monte Carlo atau juga dikenali sebagai ‘kapal dosa’


Pasti anda tertanya-tanya mengapa ianya digelar sebagai ‘kapal dosa’? Ia adalah kerana kapal ini merupakan sebuah kapal yang menjalankan kegiatan pelacuran dan perjudian secara tidak terkawal.

Pada waktu-waktu puncak, kapal ini boleh menampung jumlah 2,000 orang pada hujung minggu dan sejumlah 15,000 individu akan bermain judi sepanjang minggu itu.


Apabila badai melanda, sauh kapal SS Monte Carlo telah hilang cengkamannya menyebabkan kapal tersebut hilang pertimbangan lalu hanyut dan tersadai di kawasan pantai Coronado di San Diego, California.

Akibat tragedi tersebut, pelbagai barangan kapal seperti perabot, botol arak dan juga mesin judi bertebaran ke kawasan pesisir pantai dan menyebabkan ramai orang mengambil kesempatan dengan membawa pulang barangan tersebut.

Hanya dua individu berjaya diselamatkan dan memandangkan kapal tersebut menjalankan kegiatan yang tidak sah di kawasan perairan antarabangsa, maka tiada pihak yang berani tampil ke hadapan.

Taufan yang melanda telah menyebabkan kapal tersebut karam dan sehingga kini masih lagi kekal di dalam ‘perkuburan lautan’.

Namun pada tahun 2016, kejadian serta fenomena El Nino telah menyebabkan sebahagian besar kapal tersebut yang muncul dari dasar laut.

Ribut El Nino telah menghakis pasir yang selama ini menutup kapal tersebut sekali gus mendedahkan bahagian kapal karam sepanjang 90 meter tersebut.

Setelah sekian lama, akhirnya kapal SS Monte Carlo ‘timbul’


Fenomena angin kencang El Nino telah menampakkan kemunculan kapal karam ini.

Bangkai kapal tersebut boleh dilihat dari kawasan tepi pantai ketika air surut.

Pelancong dan penduduk tempatan juga dilihat sering mengunjungi serta memanjat bahagian kapal tersebut walaupun telah diberi amaran oleh pasukan penyelamat pantai Coronado.

Menurut Pengarah Eksekutif Muzium Sejarah dan Seni Coronado, Joe Ditler, dia ada menerima beberapa laporan daripada para pengunjung tentang penampakan ‘wanita yang sedang menari di atas meja’.

Selain itu, terdapat juga beberapa spekulasi tentang kewujudan wang syiling dianggarkan bernilai melebihi RM600,000.

“Ada seorang lelaki memberitahu saya bahawa dia melihat banyak duit syiling perak bertaburan di atas lantai kapal tersebut,” ujar Ditler kepada San Diego Union Tribune.
loading...