Kaum perempuan dan selfie memang tak dapat dipisahkan. Pergi ke mana je mesti kena berselfie. Tapi korang perasan tak, dalam banyak-banyak tempat selfie dalam kereta menjadi pilihan.
Tipu la kalau korang tak pernah selfie dalam kereta. Nak kata pemandangan cantik dalam kereta, tak cantik pun. Tapi apa sebabnya kebanyakan wanita suka sangat berselfie dalam kereta. Ini sebabnya!
1. NAK MENUNJUK-NUNJUK
Sebenarnya ada tujuan kenapa perempuan suka sangat selfie dalam kereta. Konon nak tunjuk aku pun ada kereta. Lagi-lagi kalau pakai kereta mahal, kerusi kulit. Siapa tak nak tunjuk kan??
2. SEBENARNYA KERETA ADALAH STUDIO YANG BAGUS
Yang ini memang tak dapat nafikan. Setiap kali selfie dalam kereta je, gambar semua cantik-cantik. Lighting cun, angle pun cantik. Hasil gambar memang sentiasa memuaskan.
3. HANYA LELAKI ADA KERETA JE BOLEH DEKATI MEREKA
Lagi satu, ada sebab kenapa perempuan suka sangat selfie dalam kereta. Itu sebenarnya’hint’ bahawa mereka hanya ingin didekati oleh lelaki yang ada kereta je. Yang bawak motor ni memang deorang tak pandang.
4. MESTI LA SEBAB NAK TUNJUK DIRI TU KAYA & BERGAYA
Kebanyakan wanita sekarang menganggap kereta adalah tanda kemewahan dan hanya yang mempunyai pendapatan besar saja yang memiliki kereta. Selfie dalam kereta sekaligus akan membuatkan orang menganggap anda di kalangan orang kaya-kaya.