Tiga pegawai SPRM terduduk selepas Najib buat sesuatu tindakan yang tak disangka!

loading...

NAJIB Razak memfailkan saman terhadap tiga pegawai kanan penguatkuasa yang menyiasat skandal 1Malaysia Development Berhad, dalam tindakan yang dilihat sebagai “serangan balas perundangan”, lapor Reuters.

Bekas perdana menteri itu memfailkan saman ke atas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Mohd Shukri Abdull; Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Amar Singh dan Peguam Negara, Tommy Thomas.

Najib menyaman tiga pegawai kanan itu bersabit kenyataan mereka sepanjang tempoh siasatan kes tersebut yang dianggap memprejudiskan dirinya sepanjang tempoh siasatan kes tersebut, lapor Reuters.

Dalam samannya, Najib memohon kos dan sebarang perintah yang dirasakan munasabah oleh mahkamah.

Menurut agensi berita itu, saman tersebut difailkan pada 30 Jun lepas dan ditetapkan untuk pengurusan pada 16 Julai ini.

“Kita memohon keputusan mahkamah apakah ada elemen konflik kepentingan antara pihak yang mengendalikan kes ini,” kata Badrul Rahman, yang dipetik Reuters dan dilaporkan sebagai antara peguam yang mewakili Najib.

Najib minggu ini dituduh di mahkamah atas tiga tuduhan pecah amanah dan satu tuduhan salah guna kuasa sebagai perdana menteri dan menteri kewangan, membabitkan RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd, bekas anak syarikat 1MDB.

Beliau mengaku tidak bersalah dan dibebaskan dengan ikat jamin RM1 juta sementara menunggu pengurusan kes yang ditetapkan pada 8 Ogos ini.

Pada Mei lalu, Shukri berkata siasatan ke atas 1MDB pada 2015 merupakan penindasan, manakala Amar Singh mengetuai polis dalam serbuan yang dibuat di kediaman peribadi dan beberapa premis yang dikaitkan dengan Najib serta rampasan barangan berharga bernilai hampir RM1.1 bilion.

Sementara itu Thomas mengetuai pendakwaan yang dibuat pada Rabu untuk mendakwa Najib dengan tiga pertuduhan pecah amanah dan satu pertuduhan dalah guna kuasa membabitkan SRC International Sdn Bhd yang mana wang sebanyak RM42 juta didakwa disalurkan ke akaun peribadi beliau.

Najib dan keluarganya menjadi tumpuan selepas kerajaan Barisan Nasional yang diterajuinya kalah teruk pada Pilihan Raya Umum ke 14. Beliau tewas kepada mentor yang kini menjadi musuh politiknya, Dr Mahathir Mohamad yang kini membuka semula siasatan kes 1MDB.

Sejak itu, Najib dan isterinya disekat dari ke luar negara. Pihak berkuasa Malaysia turut menyoal siasat pasangan itu serta anak tiri Najib serta membekukan ratusan akaun bank yang disyaki menerima wang daripada syarikat pelaburan negara itu. – 6 Julai, 2018 – themalaysianinsight.com
loading...