Seorang tukang emas borong terkenal dari Lubnan memfailkan saman AS$14.79 juta (RM59.831 juta) terhadap Datin Seri Rosmah Mansor bulan lalu atas penghantaran 44 barangan kemas yang dihantar kepadanya pada Februari, dan dirampas oleh polis pada Mei.
Dalam dokumen yang dilihat oleh Malaysiakini, Global Royalty Trading SAL memfailkan saman terhadap isteri kepada bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 26 Jun lalu melalui firma Tetuan David Gurupatham dan Koay.
Dalam pernyataan tuntutannya, firma yang berpangkalan di Beirut itu mendakwa Rosmah adalah pelanggan lama, dan syarikat itu juga menjual barangan kemas di seluruh dunia, termasuk kepada keluarga diraja.
Global Royalty mendakwa seperti pada tahun-tahun sebelumnya, firma itu akan menghantar barangan kemas kepada Rosmah mengikut permintaannya untuk dinilai dan dibeli serta dibayar olehnya atau oleh pihak ketiga.
Firma itu berkata barangan kemas yang tidak dipilih akan dipulangkan.
Global Royalty mendakwa bahawa ada kalanya, Rosmah akan meminjam barang kemas itu, dan dia atau ejennya akan menerima barangan berkenaan di Kuala Lumpur, Singapura atau Dubai.
Firma itu mendakwa bahawa memorandum penyerahan akan mengiringi hantaran atau konsainan barangan kemas, yang menerangkan terma dan syarat.
Senarai barang yang dituntut tukang emas Lubnan
Datin Seri Rosmah Mansor yang dituntut oleh Global Royalty Trading SAL:
Rantai leher berlian
Subang (Kedua-dua bernilai AS$586,000)
(RM 2,351,746.08)
Rantai leher
Loket berlian empat segi
(Kedua-dua bernilai AS$626,800)
(RM 2,515,350.89)
Subang Zamrud
Cincin (Kedua-dua bernilai AS$235,000)
(RM 942,969.76)
Subang berlian berbentuk pear (AS$478,000)
(RM 1,917,969.55)
Cincin bertatahkan berlian dan Zamrud (AS$555,000)
(RM 2,226,862.68)
Cincin bertatahkan berlian berbentuk pear (AS$325,000)
(RM 1,304,156.55)
Subang berlian berbentuk pear (AS$544,000)
(RM 2,182,899.95)
Subang berlian berbentuk hati (AS$180,000)
(RM 722,151.83)
Cincin berlian berbentuk lonjong (AS$250,000)
(RM 1,003,126.44)
Cincin berlian berbentuk lonjong (AS$125,000)
(RM 501,564.84)
Rantai leher berlian
Subang berlian (Kedua-duanya bernilai AS$670,000)
(RM 2,688,518.60)
Rantai leher bertatahkan berlian dan zamrud (AS$410,000)
(RM 1,645,175.12)
Subang berlian berbentuk pear (AS$334,000)
(RM 1,340,272.60)
Rantai tangan berlian (AS$444,000)
(RM 1,781,712.32)
Rantai leher berlian (AS$270,000)
(RM 1,083,137.71)
Cincin berlian berbentuk lonjong (AS$155,000)
(RM 621,811.12)
Cincin berlian berbentuk hati (AS$288,000)
(RM 1,155,423.53)
Subang berlian berbentuk pear (AS$489,000)
(RM 1,961,700.07)
Rantai leher berlian (AS$505,000)
(RM 2,025,835.13)
Cincin berlian (AS$124,000)
(RM 497,429.44)
Rantai leher (AS$487,000)
(RM 1,953,682.82)
Subang berlian (AS$177,000)
(RM 710,120.52)
Cincin berlian berbentuk pear (AS$190,000)
(RM 762,141.79)
Rantai leher berlian (AS$575,000)
(RM2,306,745.18)
Subang berlian (AS$141,570)
(RM 567,925.14)
Cincin berlian (AS$925,000)
(RM 3,711,776.1)
Rantai leher berlian (AS$357,000)
(RM 1,432,791.03)
Subang berlian (AS$265,000)
(RM 1,063,571.25)
Rantai leher berlian berbentuk hati (AS$322,000)
(RM 1,292,424.39)
Subang berlian berbentuk pear (AS$307,000)
(RM 1,232,285.02)
Rantai berlian (AS$525,000)
(RM 2,107,316.46)
Subang berlian (AS$230,000)
(RM923,205.31)
Cincin bertatah berlian dan zamrud (AS$249,000)
(RM 999,539.16)
Rantai tangan berlian dan zamrud (AS$220,500)
(RM 885,046.73)
Rantai leher berlian (AS$525,500)
(RM 2,109,261.04)
Subang berlian (AS$220,500)
(RM 885,070.69)
Rantai leher berlian (AS$586,600)
(RM 2,354,742.51)
Rantai berlian (AS$275,300)
(RM 1,105,115.26)
Subang berlian (AS$240,000)
(RM 963,459.21)
SUMBER : BHARIAN