Jangan terkejut! 6 point utama isi kandungan Buku Harapan yang rakyat Malaysia tidak tahu

loading...

Menuntut Janji-Janji Kerajaan Tanggungjawab Bersama Menuntut janji bukanlah suatu kesalahan. Sesiapa sahaja hatta penyokong daripada blok pembangkang sekali pun mempunyai hak sebagai rakyat Malaysia untuk menuntut janji yang telah dijanjikan oleh kerajaan hari ini.

Masalah dengan masyarakat kita ialah kurangnya amalan membaca. Manifesto PH yg ditulis dalam Buku Harapan setebal 203 muka surat seharusnya dijadikan rujukan utama. Namun masih ada segelintir daripada kita yang menunjukkan kebebalan tahap maksima. Golongan ini lebih senang berkongsi video2 fitnah yg sudah tidak relavan dan screen shot fitnah yg entah daripada mana sumbernya. Jelas di sini ada pihak yg sengaja ingin mengelirukan rakyat. Tetapi kita jangan jadi bebal dengan click butang share. Sikap tapis dan kaji perlu ada. Tabayyun sebelum sebar.

1. GST (Janji 1-ms16)
GST 0% sudah pun dimaklumkan dan akan mula pada 1 Jun 2018. Janji ini akan ditunaikan. Secara jelas dinyatakan akan digantikan dgn SST. Lalu diperdebatkan pula GST vs SST. Ini sudah terang lagi bersuluh. GST itu cukai di setiap peringkat, manakala SST hanya di peringkat kilang. Janganlah terus bandingkan 6% dengan 10%. Bezakan dahulu dan fahami apa itu GST dan SST.

2. Harga Minyak (Janji 7-ms30)
Jelas dalam Buku Harapan tidak ada satu ayat pun mengatakan “Hari ini perintah esok turun harga minyak.” Ramai yg kongsikan video Rafizi & Anwar yg lama. PRU13 dulu ya ada janji tersebut dalam Buku Jingga. Tetapi kali ini yg dijanjikan oleh PH ialah menstabilkan harga minyak. Janji ini telah pun ditunaikan. Namun subsidi kepada golongan sasar belum ditunaikan. Golangan sasar yg dimaksudkan ialah motosikal bawah 125cc dan kereta bawah 1300cc. Satu mekanisma baru akan diwujudkan untuk membantu golongan ini. Yg ini yg patut kita tuntut, tetapi malang emosi menguasai diri tanpa mahu membaca dan mengkaji.

3. Caruman KWSP (Janji 36-ms100)
Isu ini ada juga yg tidak berpuas hati dengan mengatakan “Mengapa perlu libatkan gaji suami?”. Tolong baca manifesto, memang sudah dirancang dikaji dan dicanang begitu. Ada juga yg tanya suami yg tiada KWSP bagaimana? Ini soalan bijak dan matang. Tetapi kita kena faham suami yg begitu masuk kategori lain. Janji ini untuk suri rumah dan suami yg ada mencarum dengan KWSP sahaja. Yg bekerja sendiri ada alternatif lain yg akan dibantu kerajaan kelak. Ada juga yg bertanya “Mengapa RM50 sahaja, janji kata RM600?”. Ini masalah matematik, RM50 kali 12 bulan berapa?

4. PTPTN (Janji 5-ms26)
Isu PTPTN ini adalah kelonggaran yg diberikan oleh kerajaan. Jangan fikir benda ini sebagai kemudahan untuk melancong ke sana ke mari. Hutang tetap kena bayar. Kelonggaran ini diberikan kepada golongan yang benar2 terhimpit dengan masalah kewangan. Interest 1% tetap berjalan walaupun diberi pelepasan. Kalau kita berkemampuan bayarlah sedikit demi sedikit. Tidak ada dalam Buku Harapan yg menyatakan pemansuhan PTPTN secara total. Janji 5 ini juga melibatkan janji kepada anak muda dalam pembelian kereta dan juga insentif perkahwinan, tetapi tidak termasuk dalam 10 janji 100 hari.

5. Menghapuskan Tol (Janji 6-ms28)
Isu tol ini diperbesarkan dengan screen shot dari Simpang Renggam yg diragui keabsahannya. Seolah ada pihak lain yg cuba mengelirukan rakyat. Yg tercatat dalam manifesto ialah kerajaan akan mengkaji semula semua perjanjian konsesi lebuhraya dengan matlamat akhir untuk menghapuskan kutipan tol secara berperingkat. Janji ini tidak termasuk dalam 10 janji 100 hari. Sesiapa yg waras pun tahu rundingan akan memakan masa yg panjang dan bukannya hari raya ini tol akan dihapuskan.

6. BRIM (Janji 3-ms19-20)
Sudah jelas dinyatakan BRIM akan diteruskan. Mengapa perlu dikaitkan dengan BN 2.0? Tahukah kita masih ramai di luar sana yg benar2 mengharapkan duit BRIM ini. Kita yg berkemampuan atau kaya, janganlah angkuh memperlekehkan usaha kerajaan. Sebaliknya lalukanlah usaha membantu golongan yg memerlukan.

Kesimpulannya adalah kita ini rakyat Malaysia yg jenis bagaimana? Yg jenis tuntut janji tidak ketahuan hala atau yg jenis berpegang pada fakta. Saya yakin dengan kepimpinan yg ada hari ini mampu melaksanakan 10 janji 100 hari itu. Belum sampai sebulan lagi pemerintahan, sudah hampir 50% daripada 100 hari janji sudah ditunaikan.

Terdapat 60 janji kesemuanya yg berpaksikan kepada 5 teras yg telah dijanjikan oleh PH. Saya seikhlas hati mengatakan kerajaan hari ini tidak mampu tunaikan semuanya dalam tempoh 5 tahun mendatang. Saya akan berpuas hati hanya jika 85% daripada 60 janji itu dapat ditunaikan. Jika mereka gagal menunaikannya, rakyat berhak memilih kerajaan yg baru pada PRU15 kelak.

Satu persoalan yg ditimbulkan mengapa janji PRU13 lebih populis dan manis berbanding PRU14? Jawapannya mudah, tanggungan hutang negara sangat bebeza di 5 tahun yg lalu. Ada mendakwa PH tidak mengkaji sebelum berjanji. Dakwaan ini sangatlah dangkal kerana dengan kajianlah adanya perbezaan manifesto PRU13 dan PRU14. Kita doakan pimpinan hari ini dapat menggalas amanah dan mandat yg diberi oleh majoriti rakyat.

Sebagai rakyat Malaysia yg prihatin, kita menyambut baik segala usaha reformasi kerajaan. Hari ini terbukti bahawa media arus perdana kita semakin terbuka. Saya sendiri sempat mengikuti Wawancara Awani bersama Tuan Guru Hj Hadi Awang (TGHA). Secara keseluruhan TGHA mencerminkan keperibadian yg tinggi dalam menjawab semua soalan2 panas awani dengan tenang dan berhemat.

Jelas di sini level Tuan Guru jauh berbeza dengan penyokong bawahan. Politik matang dan sejahtera jelas terpancar daripada setiap hujah dan jawapan oleh seorang ulamak dunia. Tetapi sayang penyokong bawahan masih ligat menuntut janji dengan fitnah yg berleluasa. Termasuklah ustaz2 bawahan yg lebih banyak memburukkan imej PAS di mata masyarakat.

Akhir kalam, bacalah Buku Harapan sebelum menuntut sebarang janji. Saya sendiri sebagai penyokong PH membaca dan mengkaji manifesto daripada PAS dan BN. Bukalah mata dan minda kita. Ada yg berpesan pada saya “Bro, daripada ko baca Buku Harapan baik ko baca Quran bulan puasa ni.” Jawapan saya “Bacalah Quran tanpa menabur fitnah di FB.” Salam Ramadan Kareem.

Helmi Ismail
Rakyat Marhean
Pengundi Parlimen Tambun Dun Manjoi
loading...